Wednesday, 24 August 2011

Balik kampung!!!!

hari ini last aku keje,
tak sabar rasenya nak balik kg,
dah tak ada felling nak buat kerja,
tak tahu sangat apa yang best sangat rase di hati ni,
maybe ada orang nak bagi duit raya kot hihihi,
hari ni khamis aku nak pergi rumah mak andak dekat kuantan,
saje nak main dengan HAKIM...
rindu dekat dia yg comey...
HAKIM memang suka bergambar...
macam-macam pose yang die buat,
hilang stress kerja rase bile cium die hehehee
harap-harap die tak tidur lagi bile aku sampai nanti...
dan semoga mak andak ajak aku berbuka puasa kat kedai makan hihihi
boleh la nak order "IKAN SIAKAP SWEET SOUR"+ "TELUR BISTIK"+ "SAYUR KAILAN IKAN MASIN"....
sedap nyer..yurm2 sedap sehingga menjilat jari kaki hahahaha...
hari jumaat pergi berbuka rumah NUYUE YUEKITO lak
penuh betul schedule aku hehehe
hari sabtu baru la aku balik kg....
cuti lak sampai 4.9.2011 bestnyer

Training Tubular

cerita disebalik TUBULAR.....
tubular memang sesuatu perkara yang baru aku tahu,
walaupun aku dalam bidang marine,
tapi still tak tahu gak hehehehe,
kelakar bila mula-mula aku datang training,
aku ingat tubular tu machine tapi rupa-rupanya drill pipe yang digunakan dekat offshore,
hahaha..sungguh tak sangka beza sungguh dari segi perkataan TUBULAR dengan DRILL PIPE,
aku sebenarnya tak minat langsung tapi sb bile pikir company ni oil and gas,
terus aku terjun je tanpa prepare apa-apa,
yang penting niat dihati ini nak belajar perkara baru,
insyallah ALLAH permudahkan segala urusanku,
dijanjikan hanya 2minggu training tapi akhirnya sudah 3minggu sekarang,
kalau lepas raya ini still lagi training 1minggu so cukup la sebulan aku ada di KSB(kemaman supply base),
harap-harap bos lepaskan la aku dan membe-member go to shah alam,
aku dah tak sanggup hari-hari drive dari kerteh to kemaman,
mahu nak tercabut kaki ni,
TAPI...pengalaman aku di sini sungguh seronok sb
jumpe kawan-kawan baru,
yang sporting best...
en.amer,en.rohim,hafiz,azhar,en.badar,kak rini...semua baik-baik..
pasal bos lak..en.roslin..muka die memang macho stylo habis,
senyum memanjang je...TAPI aku takut nak berkata-kata dengan dia sb die garang..hahahaha
kecut gak la gua beb!!


Aidilfitri 2011

4hari lagi dah berakhirnya ramadhan,
syawal menjelma pula,
entah kenapa perasan aku ini tidak merasakan keindahan raya,
mungkin kerana insan yang paling ku sayang telah pergi untuk selamanya,
tahun ini adalah raya yg ke2 tanpa beliau,
terasa sedih bile teringat kenangan yang lama,
arwah amat minat membuat lemang dan dodol,
aku rindukan masakan ikan patin tempoyak beliau,
aku rindukan pelukan beliau,
aku rindukan gelak tawa beliau,
aku rindukan suara mengaji beliau,
aku rindukan segala-galanya tentang beliau,
aku yakin tiada siapa dapat menjadi penganti beliau,
sewaktu dia ada disampang ku,
di malam raya banyak sungguh dia bercerita,
sampai tidak sedar sudah sampai pagi raya,
sedih terlalu sedih bagi diriku ini,
tapi aku kena akur yang ALLAH lebih menyayanginya,
dan aku kena terima dan redha atas apa yang terjadi,
semoga arwah wan ditempatkan ditempat orang yang beriman dan solehah.
~al-fatihah~
 amin..



Selamat hari raya