Wednesday, 24 August 2011

Aidilfitri 2011

4hari lagi dah berakhirnya ramadhan,
syawal menjelma pula,
entah kenapa perasan aku ini tidak merasakan keindahan raya,
mungkin kerana insan yang paling ku sayang telah pergi untuk selamanya,
tahun ini adalah raya yg ke2 tanpa beliau,
terasa sedih bile teringat kenangan yang lama,
arwah amat minat membuat lemang dan dodol,
aku rindukan masakan ikan patin tempoyak beliau,
aku rindukan pelukan beliau,
aku rindukan gelak tawa beliau,
aku rindukan suara mengaji beliau,
aku rindukan segala-galanya tentang beliau,
aku yakin tiada siapa dapat menjadi penganti beliau,
sewaktu dia ada disampang ku,
di malam raya banyak sungguh dia bercerita,
sampai tidak sedar sudah sampai pagi raya,
sedih terlalu sedih bagi diriku ini,
tapi aku kena akur yang ALLAH lebih menyayanginya,
dan aku kena terima dan redha atas apa yang terjadi,
semoga arwah wan ditempatkan ditempat orang yang beriman dan solehah.
~al-fatihah~
 amin..



No comments:

Post a Comment